Tuesday, December 2, 2008

SOLAT JUMAAT DI ST. ALBAN

PhotobucketPada hari Jumaat 16 Mei 1997 jam 11.00 tengah hari saya dan En. Wan Mansor keluar awal dari pejabat untuk pergi menunaikan solat Jumaat di St. Alban yang terletak lebih kurang 20 km dari pejabat di Brickendonbury. Kami mengikut jalan A414. Apabila sampai di jejantas kami masuk ke jalan A1057 dan terus ke bandar St. Alban.

Sebelum solat kami sempat makan kentang dan ayam goreng di situ untuk mengalas perut.Kebanyakan peniaga yang menjual makanan adalah orang-orang Pakistan .Kebanyakan orang yang hadir pada waktu solat Jumaat di masjid St. Alban adalah pelajar Malaysia dan orang-orang Pakistan yang bermastautin di sini yang menjalankan perniagaan makanan halal.

Sebelum meninggalkan bandar St. Alban saya sempat membeli daging ayam berharga £4 seekor dan sos cili Aminah Hassan. Bukan setakat sos dan cili padi sahaja yang ada dijual,malah belacan juga tidak ketinggalan. Bagi peniaga di sini,terutamanya peniaga pakistan,mereka begitu peka terhadap kehendak pelanggan yang beragama Islam yang mengutamakan makanan halal.

No comments: