Sunday, December 14, 2008
LAWATAN KE DOVER
Pada bulan Jun 1997, saya dan keluarga En. Wan Mansor telah pergi ke Dover yang terletak di Timur Laut London. Jarak antara bandar Hertford dengan Dover kira-kira 100 km. Bandar ini terletak di Kawasan Kent di selat 'English Channel' yang menghadap ke negara 'France'.
Kami bertolak dari pekan Heartford dalam pukul 9.30 pagi dengan menaiki Van milik MRPRA dan tiba di bandar Dover kira-kira dalam pukul 11.00 pagi. Di sana, kami telah singgah di kedai peralatan memancing bagi membeli umpan tiruan dan tali pancing.
Setelah itu, kami terus ke pantai yang berhampiran di Dover untuk menjalankan aktiviti memancing. Malangnya, selepas beberapa jam memancing, seekor ikan pun yang tidak dapat kami pancing. Sementara menunggu Isteri Wan Mansor menyediakan makan tengahari, kami menunaikan solat zohor berjemaah.
Apabila semuanya sudah sedia, kami pun menjamu selera sambil menikmati udara segar di tepi pantai Dover. Setelah selesai makan kami pergi ke jeti berhampiran untuk memancing ikan. Bayaran masuk ke jeti dikenakan sebanyak 1 paun seorang.
Inilah kali pertama saya memancing di tepi laut sambil dapat menikmati pemandangan laut yang indah dan menyenangkan. Setelah hari hampir petang, kami merasa agak kepenatan. Kami pun bersiap untuk pulang ke rumah dengan membawa pelbagai kenangan manis yang sukar dilupakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment