Keindahan rumah di tepi sungai di bandar Heartford.
Deretan kedai di bandar Hertford
Pada minggu pertama 17 Mei 1997 iaitu pada hari Sabtu, merupakan hari yang paling meriah di bandar Hartford kerana pada hari itu diadakan jualan di kaki lima jalan. Ramai peniaga yang datang untuk menjual barangan mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian dan cenderahati.
Pada pukul 10.00 pagi saya telah pergi ke bandar Hartford untuk membeli barangan dapur serta meninjau keadaan di bandar tersebut. Saya telah singgah di pasaraya Tesco bagi membeli barangan dapur. Apa yang menarik di pasaraya Tesco di sini ialah harga barang makanan yang ditawarkan adalah begitu murah dan berpatutan. Contohnya seperti roti sandwich seberat 700gm yang dijual hanyalah berharga 58p dan sekiranya selepas 3 hari dari tarikh dikeluaran harganya diturunkan cuma 20p sebuku. Pasaraya Tesco dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Tidak seperti kedai-kedai dan pasaraya lain yang berhenti beroperasi seawal jam 5.00 petang.
Jarak antara pasaraya Tesco dengan rumah saya hanya sejauh 800 meter. Malah saya lebih suka berjalan kaki ke sana terutamanya selepas tamat waktu pejabat. Ada sahaja barang yang hendak dibeli apabila singgah di pasaraya Tesco.
Setelah selesai membeli barang di Tesco saya terus ke pekan Sabtu untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di sana semuanya kelihatan begitu segar dan menarik perhatian. Malah, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Manakala, alat timbangannya masih mengunakan sukatan paun.
Saya sempat berbual dengan peniaga yang ada di sana. Maklumlah saya kelihatan agak asing berbanding mereka yang berbangsa British. Saya juga telah mengatakan kepada peniaga tersebut bahawa saya adalah orang Malaysia. Setelah selesai membeli segala barang keperluan, saya terus balik menuju ke rumah bagi menyediakan masakan tengah hari kerana telah membuat temujanji untuk bertemu dengan pelajar Malaysia yang belajar di sekitar Hertford.
No comments:
Post a Comment