Perjalanan ke kota London, sempena cuti minggu.
Pada hari Sabtu 5 Julai 1997, saya telah keluar ke kota London dengan tujuan untuk melawat bandar London dan Malaysian Hall, tempat pelajar Malaysia bertemu untuk urusan belajar serta urusan yang berkaitan.
Di sana, saya telah menaiki komuter dari pekan Hertford East dengan seorang pelajar Malaysia. Dia baru belajar mengambil A level di Helevery collage yang terletak tidak jauh dari pekan Heartford.
Tiket perjalanan untuk pergi dan balik dari stesen Hertford East ke London berharga 8.10 paun. Perjalan kami menaiki komuter berhenti di Liverpool street bagi menaiki Tube untuk ke London. Kami turun di Marbel Arch dan telah sampai di sana pada pukul 11:00 pagi.
Di kota London, kami berjalan sambil meronda-ronda di kompleks membeli-belah. Setelah penat berjalan, kami terus ke Malaysia Hall kerana perut terasa lapar. Di sini ada dijual masakan Malaysia.Saya telah memesan nasi biasa serta lauk ikan yang dijual pada harga 3 paun.
Di Malaysia Hall, saya telah bertembung dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Pada masa itu dia mungkin masih melanjutkan pelajarannya di London. Semasa itu, dia masih belum ada jawatan dalam parti. Setelah sembahyang zohor di Malaysia Hall, kami berjalan lagi di sekitar London. Antara tempat-tempat yang telah saya lawati ialah seperti Marble Arch, Trafalga Square, Tower of London, Tower Bridge, Windsor Castle, House of Parliament dan banyak lagi.
Setelah penat berjalan, kami berehat dan menikmat udara segar di kota London. Suhu sejuk di sana ialah kira-kira 19 darjah Celcius. Pada pukul 5 petang, kami mengambil keputusan untuk pulang ke tempat penginapan. kami balik dengan menaiki tube dan komuter ke pekan Heartford dan tiba dalam pukul 7 petang. Kami sempat menunaikan solat asar di rumah
Ketibaan tube di Central Line di Marble Arch London.
No comments:
Post a Comment