Poster menunjukkan Jualan 'Carboot Sale" akan diadakan di Ware
Perjalanan menuju ke tempat "Carboot sale".
Jualan "Carboot Sale" sedang bermula.
Pada minggu kedua berada di United Kingdom, saya telah bercadang untuk pergi membeli barang-barang keperluan di "Carboot sale" yang diadakan di sebuah ladang yang berdekatan dengan Ware. Jualan 'Carboot Sale" ini selalunya diadakan pada cuti minggu iaitu pada hari Ahad. Namun,di sesetengah tempat jualan seperti ini juga diadakan pada hari Sabtu.
Pada hari berkenaan, saya telah pergi bersama-sama dengan seorang pelajar Malaysia yang tinggal berdekatan dengan tempat saya menginap. Pada tarikh 25 Mei 1997 adalah merupakan hari pertama di mana saya pergi ke tempat jualan 'Carboot Sale" yang mereka adakan.
Saya telah tiba di Ware pada jam 10.00 pagi. Di sana, kelihatan para peniaga sedang sibuk menjalankan perniagaan. Manakala, para pembeli pula kelihatan begitu asyik membuat harga tawar-menawar dengan si peniaga . Bayaran tempat letak kereta untuk pengunjung di sana dikenakan sebanyak £1, Manakala bayaran masuk ke tempat jualan dikenakan sebanyak £.50 paun sahaja.
Barangan yang dijual termasuklah pakaian, kasut, telefon bimbit "second hand" yang berjenama,permainan kanak-kanak, peralatan dapur, peralatan elekterik, dan sebagainya. Kebanyakan barang yang dijual di sini dijual pada harga yang murah dan berpatutan.
Semasa jualan tersebut, saya telah memilih barang seperti kasut dan baju dengan harga ditawar hanya berjumlah 6 paun untuk kedua-dua pembelian. Malah apa yang menariknya tentang pembelian ini ialah baju dan kasut yang saya beli itu masih kelihatan cantik dan elok seperti barangan baharu yang baru sahaja dibeli di pusat-pusat kompleks. Setelah selesai membeli barang, kami terus bertolak ke Tesco untuk membeli barang-barang dapur bagi menyediakan masakan bagi makan tengah hari.
Bergambar di hadapan pasaraya TESCO di bandar Heartford.
No comments:
Post a Comment