Saturday, December 1, 2012

MEMBELI BELAH DI TESCO UK


Di hadapan pasaraya Tesco di pekan heartford.
Kenderaan disediakan ada cuma saya suka berjalan kaki. Tesco adalah antara pasaraya yang sesuai di sini untuk membeli belah kerana waktu beroperasinya dari jam 10.00 am hingga 10.00 pm manakala pasaraya lain ditutup jam 5.00 pm.
Selalunya saya membeli belah pada waktu petang sekembalinya dari tempat kerja. Kediaman saya tidak jauh kira-kira 1 km dari pekan Hertford. Saya tinggal Helecourt di ‘Hele road’.
Kadang guna kereta

Bermacam-macam barang yang saya beli, sebab saya membeli seminggu sekali. Sekali shopping saya berbelanja hanya £10. Kebanyakan barang yana saya beli hanya barang-barang keperluaan dapur kebanyakannya murah.

Kalau di Malaysia, susu segar 1 liter dijual dengan harga RM10 berbanding di UK cuma £1 sahaja. Kalau di tukar sekalipun masih murah. Roti bersaiz besar cuma 50 p dan sekiraya 3 sebelum tarikh luput cuma dijual dengan hanya 20p ( 1997 - £1 = 100p = RM 4.00). Itulah antara perbandingan yang sangat ketara. Barang elektronik dan hiasan rumah sememangnya mahal kerana bukan barang keperluan.

Balik dari shopping kebiasaan ramai saya bertemu pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sini, HertfordshireUniversity dan di Haileybury collage. Di sini ada restoran Pakistan, jika ingin merasa nasi beriani boleh singgah cuma sediakan wang. Nasi Beriani dan roti tempayan di sini memang sedap belaka yang dikendalikan oleh rakyat Pakistan.
Pasar Sabtu hertford

Saya jarang makan cuma sekali sekala makan itu pun jika ada pegawai Malaysia datang melawat. Apa lagi balonla… selagi mampu..hi hi hi. Saya sebenarnya suka masak sendiri kerana perbelanjanya murah.

Saya sampai di kediaman saya jam 7.00 pm, keadaan di luar masih cerah masuk magrib kira jam 8.30 pm. Manakala waktu subuh jam 2.30 am, saya datang ke UK pada bulan May hingga August 1997. Jumpa Lagi…


Suasana meriah di pekan sabtu di pekan Heartford.

No comments: