Sunday, November 30, 2008

MINGGU PERTAMA DI HEARTFORD

Photobucket
Penunjuk:
  1. Heartford - Tempat tinggal No.6 Hale Court, Hale Road SG13 8AU United Kingdom.
  2. St. Albans - Sembahayang Jumaat & beli daging halal dari peniaga orang Pakistan.
  3. Hoddesdon - Tempat tinggal keluarga En. Wan Mansor Wan Salleh - Company Secretary MRPA di UK. Banyak membantu saya
  4. Stevenage - Tempat tinggal Sue, RO MRPRA, banyak membantu dan mengambil berat dalam urusan kerja.
  5. Hartfield - Pusat membeli belah Gelleria.

PhotobucketGambar hiasan: Bandar Hertford

Semasa berada di sana, saya telah menetap di Hale Court. Untuk makluman, bangunan Hale Court adalah merupakan bangunan kepunyaan MRPRA iaitu tempat penginapan bagi pegawai luar yang datang ke sana untuk menjalani kursus atau dipinjamkan untuk bertugas.

Saya tinggal di tingkat satu bangunan. Bangunan ini mempunyai 9 unit,terletak lebih kurang 500m dari pekan Heartford. Jarak tempat penginapan dengan bangunan MRPRA tempat saya berkursus ialah sejauh 2km . Sebuah kereta Proton Saga Eroback biru metalic bernombor J746ONK telah disediakan untuk kegunaan saya selama berkhusus 3 bulan di sini.

Pada hari pertama saya tinggal di sini, suasana yang dirasakan begitu sunyi tanpa kehadiran anak serta isteri di sisi. Saya masih teringat di suatu hari sekembalinya saya dari bertugas di hari pertama di tempat kerja, ketika itu waktu hujan renyai-renyai, tiba-tiba saya terdengar suara anak saya yang berusia 3 tahun sedang menangis. Namun, apabila saya tersedar, rupa-rupanya saya berada dalam lamunan. Kemungkinan ingatan saya terhadap anak begitu mendalam semasa berada di United Kingdom.

Di luar rumah, bunyi ketukan pintu jelas kedengaran. Rupa-rupanya En. Wan Mansor sudah menunggu di luar rumah untuk mengajak saya menghadiri makan malam bersama keluarganya di New Road Hoddesdon yang terletak 3km melalui jalan pintas di kawasan ladang rumput yang sangat luas.

Setibanya di rumah En. Wan Mansor, saya disambut mesra oleh isteri dan anak-anaknya seramai tiga orang iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan. Sambil memakan makanan yang disediakan, kami berbual panjang mengenai hal-hal tentang keluarga dan cerita-cerita menarik dari Malaysia. Setelah selesai menjamah makanan, saya telah dihantar oleh En. Wan dan isterinya ke tempat penginapan saya. Isteri En. Wan Mansor tidak lupa untuk mempelawa saya untuk datang lagi ke rumah mereka sekiranya ada kelapangan.

Namun pada bulan September 2007 saya telah mendapat berita sedih tentang kematian arwah isteri En. Wan Mansor sebelum sempat bertemu dengannya kembali. En. Wan Mansor telah memberitahu saya bahawa isterinya telah 3 bulan meninggal dunia kerana sakit yang berpanjangan semasa datang melawat keluarganya di rumahnya di Ampang. Patulah semasa saya berada di rumahnya saya berasa begitu sunyi berbeza dengan kehadiran saya sewaktu mula-mula datang ke rumahnya semasa arwah masih hidup. Semoga Allah mencucuri rohnya dan dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

BERTOLAK KE UK

Gambar hiasan : Subang Airport 2007.

Saya telah berlepas dari Subang Airport pada hari Ahad bersamaan 11 Mei 1997 pada jam 11 pagi waktu tempatan. Isteri, anak-anak bapa mertua dan anak buah telah sama-sama menghantar saya ke ke Airport. Anak saya yang kecil masa itu ialah Suhaili yang baru berumur 3 tahun.

Saya menaiki pesawat MAS, bisnes klas. Tempat duduk saya di tepi bersebelahan dengan sayap di sebelah kiri. Perjalanan ke Heathrow London memakan masa selama 13 jam. Makanan disediakan cukup istemewa serta cendermata diberi kepada setiap penumpang yang memegang tiket bisnes klass sahaja. Sepanjang perjalanan tiada masalah yang timbul cuma sekali sekala kapal bergegar berkemungkinan disebabkan terlangar awan tebal. Saya tidak dapat lena, maklumlah kali pertama menaiki kapal terbang. Ini adalah peluang pertama saya ke luar negara sebagai kakitangan kerajaan.

Saya tiba di lapangan terbang Heathrow tepat pada pukul 5.15 petang waktu United Kingdom. Dr. Kavin serta isteri sudah sedia menunggu saya di balai ketibaan di Terminal 3. Cuaca amat sejuk sekali ketika saya keluar dari lapangan terbang, nasib baik saya sudah memakai baju sejuk. Saya dibawa terus ke tempat penginapan saya di Hale Court yang terletak bandar Heartford.

Kami sampai di tempat penginapan pada jam 7.00 petang. Cuaca di sini masih kelihatan cerah kerana masa siangnya amat panjang. Saya telah diberi kunci rumah, sebelum Dr. Kavin dan isteri beredar, sempat saya mengucapkan "Thank You, see you tomorrow". Bila saya buka pintu rumah kelihatan kelengkapan rumah semuanya sudah disediakan secukupnya. Terima kasih kepada En. Wan Mansor yang bersusah payah menyediakan barang keperluan memasak yang diisi dalam peti sejuk. Saya terus melakukan solat Jammak ta'akhir asar dan zohor. Waktu solat magrib di sini masuk pada jam 9 malam dan Isyak pada jam 10.50 malam . Sebelum tidur saya sempat makan roti dan susu yang sudah tersedia. Jumpa lagi di lain bicara.


Kapal sedang mendarat di lapangan terbang Heathrow pada waktu petang.

Photobucket