Setiap hari Jumaat saya keluar awal untuk menunaikan solat Jumaat di sini. Saya memandu kereta yang disediakan oleh pihak pengurusan MRPRA. Kereta yang digunakan adalah Proton Eroback no plate J746 ONK.
Selesai solat Jumaat saya bersekempetan untuk membeli ayam halal yang dijual di sini, harganya dalam ₤4 sahaja. Manakala keperluan dapur yang lain saya beli di pekan Hertford pada hari Sabtu. Ayam halal biasanya dijual oleh peniaga Paskitan yang tinggal di sini.
Selesai membeli saya pulang ke rumah untuk menghantar barang kemudian terus ke pejabat di Brickendonbury. Hari bekerja di UK hanya 5 hari seminggu, cuti Sabtu dan Ahad.