Tuesday, December 30, 2008

PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI

Photobucket
Bergambar di hadapan pejabat MRPRA dengan Timbalan Ketua Pengarah Dr. Wan Rahman (no. 4 dari kiri)


Satu perjumpaan telah diadakan dengan pegawai-pegawai Lembaga Getah Malaysia yang sedang menyambung pelajaran untuk peringkat PHD dan yang berkursus di United Kingdom. Majlis itu telah diadakan bilik mesyuarat MRPRA di Brickendonbury pada 15 June 1997.

Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi dengan ucapan aluan oleh encik Wan Mansor Wan Salleh (Company Secretary MRPRA) kemudian diikuti oleh ucapan Timbalan Ketu Pengarah Dr. Wan Rahman.Selesai ucapan, sesi soal jawap diadakan.

Majlis ini berakhir pada pukul 2.00 petang dan kami telah mengadakan jamuan makan tengah hari di sebuah Restoran Bangala yang berdekatan bandar Heartford.

Peta ke MRPRA di Brickendonbury

Sunday, December 14, 2008

LAWATAN KE DOVER


Pada bulan Jun 1997, saya dan keluarga En. Wan Mansor telah pergi ke Dover yang terletak di Timur Laut London. Jarak antara bandar Hertford dengan Dover kira-kira 100 km. Bandar ini terletak di Kawasan Kent di selat 'English Channel' yang menghadap ke negara 'France'.

Kami bertolak dari pekan Heartford dalam pukul 9.30 pagi dengan menaiki Van milik MRPRA dan tiba di bandar Dover kira-kira dalam pukul 11.00 pagi. Di sana, kami telah singgah di kedai peralatan memancing bagi membeli umpan tiruan dan tali pancing.

Setelah itu, kami terus ke pantai yang berhampiran di Dover untuk menjalankan aktiviti memancing. Malangnya, selepas beberapa jam memancing, seekor ikan pun yang tidak dapat kami pancing. Sementara menunggu Isteri Wan Mansor menyediakan makan tengahari, kami menunaikan solat zohor berjemaah.

Apabila semuanya sudah sedia, kami pun menjamu selera sambil menikmati udara segar di tepi pantai Dover. Setelah selesai makan kami pergi ke jeti berhampiran untuk memancing ikan. Bayaran masuk ke jeti dikenakan sebanyak 1 paun seorang.

Inilah kali pertama saya memancing di tepi laut sambil dapat menikmati pemandangan laut yang indah dan menyenangkan. Setelah hari hampir petang, kami merasa agak kepenatan. Kami pun bersiap untuk pulang ke rumah dengan membawa pelbagai kenangan manis yang sukar dilupakan.

Saturday, December 13, 2008

CAT STEVENS' TRANSITION TO YUSUF ISLAM


CAT STEVENS' TRANSITION TO YUSUF ISLAM

Saturday, December 6, 2008

THE MUSIC OF YUSUF ISLAM


Gambar Hiasan : Yusuf Islam di London

Friday, December 5, 2008

HARI CUTI MINGGU KE LONDON


Perjalanan ke kota London, sempena cuti minggu.
Pada hari Sabtu 5 Julai 1997, saya telah keluar ke kota London dengan tujuan untuk melawat bandar London dan Malaysian Hall, tempat pelajar Malaysia bertemu untuk urusan belajar serta urusan yang berkaitan.
Di sana, saya telah menaiki komuter dari pekan Hertford East dengan seorang pelajar Malaysia. Dia baru belajar mengambil A level di Helevery collage yang terletak tidak jauh dari pekan Heartford.
Tiket perjalanan untuk pergi dan balik dari stesen Hertford East ke London berharga 8.10 paun. Perjalan kami menaiki komuter berhenti di Liverpool street bagi menaiki Tube untuk ke London. Kami turun di Marbel Arch dan telah sampai di sana pada pukul 11:00 pagi.
Di kota London, kami berjalan sambil meronda-ronda di kompleks membeli-belah. Setelah penat berjalan, kami terus ke Malaysia Hall kerana perut terasa lapar. Di sini ada dijual masakan Malaysia.Saya telah memesan nasi biasa serta lauk ikan yang dijual pada harga 3 paun.
Di Malaysia Hall, saya telah bertembung dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Pada masa itu dia mungkin masih melanjutkan pelajarannya di London. Semasa itu, dia masih belum ada jawatan dalam parti. Setelah sembahyang zohor di Malaysia Hall, kami berjalan lagi di sekitar London. Antara tempat-tempat yang telah saya lawati ialah seperti Marble Arch, Trafalga Square, Tower of London, Tower Bridge, Windsor Castle, House of Parliament dan banyak lagi.
Setelah penat berjalan, kami berehat dan menikmat udara segar di kota London. Suhu sejuk di sana ialah kira-kira 19 darjah Celcius. Pada pukul 5 petang, kami mengambil keputusan untuk pulang ke tempat penginapan. kami balik dengan menaiki tube dan komuter ke pekan Heartford dan tiba dalam pukul 7 petang. Kami sempat menunaikan solat asar di rumah

Ketibaan tube di Central Line di Marble Arch London.

Photobucket

Thursday, December 4, 2008

CARBOOT SALE DI WARE

Photobucket
Poster menunjukkan Jualan 'Carboot Sale" akan diadakan di Ware
Photobucket
Perjalanan menuju ke tempat "Carboot sale".
Photobucket
Jualan "Carboot Sale" sedang bermula.

Pada minggu kedua berada di United Kingdom, saya telah bercadang untuk pergi membeli barang-barang keperluan di "Carboot sale" yang diadakan di sebuah ladang yang berdekatan dengan Ware. Jualan 'Carboot Sale" ini selalunya diadakan pada cuti minggu iaitu pada hari Ahad. Namun,di sesetengah tempat jualan seperti ini juga diadakan pada hari Sabtu.
Pada hari berkenaan, saya telah pergi bersama-sama dengan seorang pelajar Malaysia yang tinggal berdekatan dengan tempat saya menginap. Pada tarikh 25 Mei 1997 adalah merupakan hari pertama di mana saya pergi ke tempat jualan 'Carboot Sale" yang mereka adakan.
Saya telah tiba di Ware pada jam 10.00 pagi. Di sana, kelihatan para peniaga sedang sibuk menjalankan perniagaan. Manakala, para pembeli pula kelihatan begitu asyik membuat harga tawar-menawar dengan si peniaga . Bayaran tempat letak kereta untuk pengunjung di sana dikenakan sebanyak £1, Manakala bayaran masuk ke tempat jualan dikenakan sebanyak £.50 paun sahaja.
Barangan yang dijual termasuklah pakaian, kasut, telefon bimbit "second hand" yang berjenama,permainan kanak-kanak, peralatan dapur, peralatan elekterik, dan sebagainya. Kebanyakan barang yang dijual di sini dijual pada harga yang murah dan berpatutan.
Semasa jualan tersebut, saya telah memilih barang seperti kasut dan baju dengan harga ditawar hanya berjumlah 6 paun untuk kedua-dua pembelian. Malah apa yang menariknya tentang pembelian ini ialah baju dan kasut yang saya beli itu masih kelihatan cantik dan elok seperti barangan baharu yang baru sahaja dibeli di pusat-pusat kompleks. Setelah selesai membeli barang, kami terus bertolak ke Tesco untuk membeli barang-barang dapur bagi menyediakan masakan bagi makan tengah hari.
Photobucket
Bergambar di hadapan pasaraya TESCO di bandar Heartford.

Wednesday, December 3, 2008

BBC NEWS

Gambar hiasan: Laporan kajicuaca dari BBC morning News yang biasa saya tonton sebelum pergi ke tempat kerja.Bertarikh 16 Mei 2005. hari dan bulan sama tahun berbeza.Saya tinggal di UK 12 Mei - 11 Julai 1997.

BBC World News adalah stesen siaran berita 24 jam BBC yang dilancarkan pada tahun 1991. Kemudian nama BBC World Service Television telah diubah menjadi BBC World pada 21 April 2008. Antara siaran lain yang ditayangkan selain berita BBC News ialah HARDtalk, Fast Track, dan lain-lain. Saingan global utama BBC World News adalah CNN International. BBC World News memiliki sebanyak 78 juta penonton pada setiap hari. Saluran ini juga disiarkan oleh Red Bee Media dari pusat jaringan mereka di White City, London.

Semua siaran berita berasal dari Pusat Televisi BBC, dimana BBC World News memiliki ruang berita dan studio yang terpisah dari BBC News. Ruang berita ini melakukan siaran dari jam 05:00-00:30 waktu London pada hari kerja, dan jam 06:00-00:30 pada hari Sabtu dan Ahad.BBC World News juga telah dinobatkan sebagai saluran berita antarabangsa terbaik penghargaan daripada Persatuan Penyiaran Antarabangsa pada tarikh November 2006.

Photobucket

Kubu pertahanan yang terletak di Heartford.

Tuesday, December 2, 2008

SOLAT JUMAAT DI ST. ALBAN

PhotobucketPada hari Jumaat 16 Mei 1997 jam 11.00 tengah hari saya dan En. Wan Mansor keluar awal dari pejabat untuk pergi menunaikan solat Jumaat di St. Alban yang terletak lebih kurang 20 km dari pejabat di Brickendonbury. Kami mengikut jalan A414. Apabila sampai di jejantas kami masuk ke jalan A1057 dan terus ke bandar St. Alban.

Sebelum solat kami sempat makan kentang dan ayam goreng di situ untuk mengalas perut.Kebanyakan peniaga yang menjual makanan adalah orang-orang Pakistan .Kebanyakan orang yang hadir pada waktu solat Jumaat di masjid St. Alban adalah pelajar Malaysia dan orang-orang Pakistan yang bermastautin di sini yang menjalankan perniagaan makanan halal.

Sebelum meninggalkan bandar St. Alban saya sempat membeli daging ayam berharga £4 seekor dan sos cili Aminah Hassan. Bukan setakat sos dan cili padi sahaja yang ada dijual,malah belacan juga tidak ketinggalan. Bagi peniaga di sini,terutamanya peniaga pakistan,mereka begitu peka terhadap kehendak pelanggan yang beragama Islam yang mengutamakan makanan halal.

PEKAN SABTU DI HEARTFORD

Photobucket
Keindahan rumah di tepi sungai di bandar Heartford.
Photobucket
Deretan kedai di bandar Hertford

Pada minggu pertama 17 Mei 1997 iaitu pada hari Sabtu, merupakan hari yang paling meriah di bandar Hartford kerana pada hari itu diadakan jualan di kaki lima jalan. Ramai peniaga yang datang untuk menjual barangan mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian dan cenderahati.

Pada pukul 10.00 pagi saya telah pergi ke bandar Hartford untuk membeli barangan dapur serta meninjau keadaan di bandar tersebut. Saya telah singgah di pasaraya Tesco bagi membeli barangan dapur. Apa yang menarik di pasaraya Tesco di sini ialah harga barang makanan yang ditawarkan adalah begitu murah dan berpatutan. Contohnya seperti roti sandwich seberat 700gm yang dijual hanyalah berharga 58p dan sekiranya selepas 3 hari dari tarikh dikeluaran harganya diturunkan cuma 20p sebuku. Pasaraya Tesco dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Tidak seperti kedai-kedai dan pasaraya lain yang berhenti beroperasi seawal jam 5.00 petang.

Jarak antara pasaraya Tesco dengan rumah saya hanya sejauh 800 meter. Malah saya lebih suka berjalan kaki ke sana terutamanya selepas tamat waktu pejabat. Ada sahaja barang yang hendak dibeli apabila singgah di pasaraya Tesco.

Setelah selesai membeli barang di Tesco saya terus ke pekan Sabtu untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di sana semuanya kelihatan begitu segar dan menarik perhatian. Malah, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Manakala, alat timbangannya masih mengunakan sukatan paun.

Saya sempat berbual dengan peniaga yang ada di sana. Maklumlah saya kelihatan agak asing berbanding mereka yang berbangsa British. Saya juga telah mengatakan kepada peniaga tersebut bahawa saya adalah orang Malaysia. Setelah selesai membeli segala barang keperluan, saya terus balik menuju ke rumah bagi menyediakan masakan tengah hari kerana telah membuat temujanji untuk bertemu dengan pelajar Malaysia yang belajar di sekitar Hertford.
Photobucket

MELAPORKAN DIRI DI MRPRA

Photobucket
Pejabat MRPRA di Brickendonbury.
Photobucket
Pintu masuk ke pejabat MRPRA.
Photobucket
Jalan pintas ke MRPRA ikut pintu belakang dari tempat penginapan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Pada pukul 3.00 pagi bertarikh 12 Mei 1997 saya sudahpun bangun untuk menunaikan solat subuh. Manakala, pada pukul 5.00 pagi di sini sudahpun mulai waktu siang kerana pada bulan ini waktu siang adalah lebih panjang berbanding waktu malam di United Kingdom.

Selepas selesai solat subuh, saya menyiapkan makanan untuk sarapan pagi. Di luar rumah, keadaan masih lengang daripada kesibukan orang ramai. Sekali sekala kedengaran kicauan burung-burung mencari makanan mengubah suasana yang agak lengang tadi menjadi lebih indah dan ceria.

Sekitar jam 8.30 pagi keadaan mulai berubah. Jalan-jalan mula dipenuhi dengan kenderaan serta perjalan kaki untuk ke pejabat serta ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah di sekitar Hale Court. Kebanyakannya daripada mereka lebih sukakan menaiki komuter serta tube berbanding kereta. Perjalanan komuter daripada Heartford East untuk ke ke London,melibatkan perhentian di satu stesen iaitu di Liverpool Street. Manakala, tambang perjalanan bagi pergi dan balik hanyalah berharga 8.10 paun untuk tempoh perjalanan bagi satu hari untuk ke mana-mana lokasi yang hendak ditujui.

Setibanya saya di tempat penginapan, Mr. Loardman sudahpun menunggu ketibaan saya dengan keretanya untuk membawa saya ke pejabat. Mr. Loardman ialah Head of MCU (Materials Characterization Unit) ada 8 unit di MRPRA.

Kemudian saya dibawa ke pejabat Wan Mansor untuk urusan yang bersangkutan dengan kursus serta peraturan yang digunapakai. Saya juga telah diperkenalkan dengan pekerja-pekerja di MCU. Pada jam 10:00 adalah merupakan waktu rehat bagi pekerja-pekerja di sini untuk minum pagi. Mereka berbual sambil berbincang mengenai hal yang berkaitan di tempat kerja di samping bertukar-tukar maklumat.

Mrs. Stephens telah menyedikan secawan kopi untuk saya. Setelah tamat waktu rehat saya kemudiannya telah diperkenalkan dengan Mr. Crafts yang bakal mengajar saya selama 3 bulan di sini dalam penyelidikan Heavy Metal (Logam berat).

Pada waktu petang sebelum pukul 5.00 adalah waktu terakhir pejabat, saya telah dipanggil oleh Wan Mansor untuk mengambil kunci kereta untuk kegunaan saya semasa berada di sini selama 3 bulan. Selepas tamat bekerja, saya terus pulang ke rumah tempat saya menginap pada pukul 5.15 petang. Pengalaman bekerja di sini adalah amat menyeronokkan kerana suasana persekitarannya yang selesa dan menyenangkan di samping sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai serta kakitangan yang bekerja di sini.
Photobucket
Waktu siang panjang, selepas pejabat mereka bersukan bersama keluarga.
Photobucket
Pejabat MRPRA pandagan dari atas kapal terbang.