Friday, February 27, 2009

HARRODS LONDON - AL-FAYED

Apabila sebut pasal Harrods, saya masih ingat semasa lawatan pertama sempena cuti minggu ke dua pada hari Sabtu, saya bersama En. Wan Mansor Wan Saleh Seorang pegawai Malaysia yang bertugas di MRRDB England telah pergi Kota London untuk tujuan bersiar-siar sambil membeli belah. Kami berkesempatan untuk singgah di gedung kepunyaan keluarga Al-Fayed di tengah Kota London.
Semasa itu isu panas sedang melanda keluarga Diraja England (June 1997) yang mana hubungan intem Dodi Al-Fayed sedang memuncak di mana beliau telah menjadi buruan media cetak di seluruh dunia tentang hubungan sulitnya dengan Puteri Diana.
Samada di BBC London dan Media cetak boleh dikatakan hari-hari menyiarkan cerita hubungan mereka berdua. Samada di kediaman mewah, di kapal mewah kepunyaan keluarga Al-Fayed atau di mana saja mereka berada, mereka sentiasa diintip dan diburu oleh pihak media.
Akibat dari buruan media yang hari-hari menyiarkan hubungan mereka berdua ini mengakibatkan satu trajidi yang mengemparkan seluruh dunia di mana mereka telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang mengikbatkan kematian.
Mereka telah terkorban dalam trowong semasa di Dover di mana kereta mewah terbabas dan melangar tebing semasa mereka ingin melarikan diri dari buruan wartawan untuk bercuti ke Perancis

Tuesday, February 3, 2009

SALJI TEBAL MELANDA LONDON

LONDON: Salji tebal yang turun semalaman di Britain menyebabkan kelewatan perjalanan di seluruh negara semalam, termasuk gangguan penerbangan pada masa puncak sebelah pagi selain memaksa penutupan berpuluh-puluh sekolah. Semua perkhidmatan bas awam di London tergendala kerana keadaan jalan berbahaya.

Beberapa rangkaian kereta api bawah tanah ditutup dan yang lain sedang berusaha mengatasi kelewatan teruk semalam. British Airways dalam laman webnya berkata: "Penerbangan ke dan dari semua lapangan terbang London terutama London City dan Heathrow, mengalami kelewatan dan pembatalan." BAA Ltd, yang mengendalikan beberapa lapangan terbang di Britain meminta penumpang menelefon syarikat penerbangan sebelum bertolak ke lapangan terbang Heathrow, Gatwick dan Stansted.

Tenggara England paling terjejas teruk dengan salji setebal 25 sentimeter dilaporkan di sesetengah kawasan termasuk daerah Kent, Surrey dan Sussex, menurut Pejabat Meteorologi (Met Office), perkhidmatan kaji cuaca rasmi Britain. Kawasan di ibu kota ini dilihat dilitupi salji setebal hampir 0.3 meter. Menurut pakar pejabat berkenaan, salji turun berterusan sepanjang hari di kebanyakan kawasan dan sedang memantau satu lagi ribut salji menuju ke arah England dari Perancis yang mungkin tiba di Kent sekitar tengah hari serta bergerak ke arah barat laut sebelah petang. Keadaan cuaca memaksa penutupan lebih 50 sekolah di Kent. - AP