Gambar hiasan : Subang Airport 2007.
Saya telah berlepas dari Subang Airport pada hari Ahad bersamaan 11 Mei 1997 pada jam 11 pagi waktu tempatan. Isteri, anak-anak bapa mertua dan anak buah telah sama-sama menghantar saya ke ke Airport. Anak saya yang kecil masa itu ialah Suhaili yang baru berumur 3 tahun.
Saya menaiki pesawat MAS, bisnes klas. Tempat duduk saya di tepi bersebelahan dengan sayap di sebelah kiri. Perjalanan ke Heathrow London memakan masa selama 13 jam. Makanan disediakan cukup istemewa serta cendermata diberi kepada setiap penumpang yang memegang tiket bisnes klass sahaja. Sepanjang perjalanan tiada masalah yang timbul cuma sekali sekala kapal bergegar berkemungkinan disebabkan terlangar awan tebal. Saya tidak dapat lena, maklumlah kali pertama menaiki kapal terbang. Ini adalah peluang pertama saya ke luar negara sebagai kakitangan kerajaan.
Saya tiba di lapangan terbang Heathrow tepat pada pukul 5.15 petang waktu United Kingdom. Dr. Kavin serta isteri sudah sedia menunggu saya di balai ketibaan di Terminal 3. Cuaca amat sejuk sekali ketika saya keluar dari lapangan terbang, nasib baik saya sudah memakai baju sejuk. Saya dibawa terus ke tempat penginapan saya di Hale Court yang terletak bandar Heartford.
Kami sampai di tempat penginapan pada jam 7.00 petang. Cuaca di sini masih kelihatan cerah kerana masa siangnya amat panjang. Saya telah diberi kunci rumah, sebelum Dr. Kavin dan isteri beredar, sempat saya mengucapkan "Thank You, see you tomorrow". Bila saya buka pintu rumah kelihatan kelengkapan rumah semuanya sudah disediakan secukupnya. Terima kasih kepada En. Wan Mansor yang bersusah payah menyediakan barang keperluan memasak yang diisi dalam peti sejuk. Saya terus melakukan solat Jammak ta'akhir asar dan zohor. Waktu solat magrib di sini masuk pada jam 9 malam dan Isyak pada jam 10.50 malam . Sebelum tidur saya sempat makan roti dan susu yang sudah tersedia. Jumpa lagi di lain bicara.
Kapal sedang mendarat di lapangan terbang Heathrow pada waktu petang.
No comments:
Post a Comment