Dilahirkan di Lekir, Sitiawan, Perak pada 1 Okt. 1956. Mula bersekolah di Sek. Keb. Batu 10 Lekir (1963-1969). Sek. Men. Rendah Sitiawan (1970-1972).Sek. Men. Iskandar Shah (1973-1974). Berkhidmat di LGM (masa itu Pusat Penyelidikan Getah Malaysia) 1974-2007. Berpeluang menghadiri kursus di TARRC Brickendonbury UK selama 3 bulan 11 Mei - 11 Ogos 1997. Saya telah melepaskan jawatan Penolong Pegawai Penyelidik di LGM pada 31 Mei 2007. Tinggal di Darul Hidayah, Hulu Langat semasa bertugas di Kuala Lumpur. Sekarang menetap di kg. Bukit Lala, Pokok Sena, Kedah. Semasa saya berkerja dahulu saya selalu impikan jika saya membina rumah, saya ingin menempatkan sebuah tempat rehat atau pondok. Apabila saya balik ke sini saya dapati ada bekas jelapang padi lama yang tidak digunakan dan terbiar. Saya mengubahsuai dan jadikannya sebagai pondok rehat yang saya beri nama "Teratak Impian Bukit Lala". Tidak sangka salah satu impian yang saya impikan selama ini tercapai.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home